fbpx

Kes Allahyarham Tun Daim: Pendakwaan belum dapat keputusan Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Tun Daim

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan dalam kes bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang berdepan tuduhan gagal mengisytiharkan harta belum mendapat keputusan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi tindakan lanjut.

Menurut sumber AGC, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) akan berbincang dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlebih dahulu sebelum tindakan seterusnya diputuskan.

Sumber itu berkata, ia adalah selaras dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki semalam bahawa tindakan seterusnya akan diputuskan TPR setelah perbincangan dilakukan bersama pihak terlibat.

Sementara itu, pada pengurusan kes rayuan Allahyarham Daim di Mahkamah Tinggi hari ini supaya pertuduhan yang dihadapinya dibicarakan bersama isteri, Penolong Kanan Pendaftar memaklumkan alasan penghakiman belum sedia.

Susulan itu, peguam Allahyarham memohon satu tarikh lain untuk mendapatkan arahan keluarga berkenaan rayuan tersebut.

Mahkamah menetapkan 15 Januari 2025 untuk pengurusan kes bagi arahan selanjutnya.

Semalam Allahyarham Daim meninggal dunia pada usia 86 tahun akibat strok di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya pada pukul 8.21 pagi.

Jenazah Daim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, di sini dengan penghormatan terakhir dihadiri lebih 500 orang termasuk kenalan, keluarga dan pemimpin politik negara.

Pada 29 Januari lalu, Daim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberikan satu pernyataan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepada tertuduh oleh pegawai SPRM.

Harta itu antaranya satu akaun Amanah Saham Nasional Berhad, tujuh kenderaan seperti Jaguar, Mercedes-Benz dan Roll Royce, 38 syarikat dan 25 hartanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

Kesalahan dilakukan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 13 Disember 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI