fbpx

Kedah tentukan fatwa berkaitan GISBH bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYEIKH Fadzil Awang (kiri) menganugerahkan Tauliah Mengajar Agama Islam negeri Kedah pada majlis penyampaian di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Kedah akan mengeluarkan fatwa berkaitan GISB Holdings Sdn. Bhd (GISBH) selepas mengadakan satu lagi mesyuarat pada bulan hadapan.

Mesyuarat itu bagi membincangkan semua maklumat yang diperoleh daripada pelbagai pihak termasuk GISBH dan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, sebelum ini beliau mengadakan pertemuan bersama pemimpin atasan GISBH yang mana individu itu mengakui terdapat kesalahan dan penyelewengan berlaku.

Dalam masa sama katanya, individu itu yang ditemui sebelum Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bulan lalu mendakwa beberapa perkara yang dituduh sebenarnya tidak berlaku di dalam organisasi GISBH.

“Dalam pertemuan itu, mereka setuju untuk dipanggil bagi ditunjukkan kesalahan yang didakwa dilakukan, selain bersedia membetulkan keadaan agar dapat kembali ke pangkal jalan.

“Selain itu, mereka sedia perbetulkan kepercayaan, pegangan dan amalan tetapi janganlah dilibatkan aktiviti ekonomi. Suara mereka itu turut saya sampaikan dalam muzakarah MKI.

“Perbincangan itu kemudian memutuskan ajaran GISBH masih terikat dengan Al-Arqam dari segi wirid, amalan serta beberapa kepercayaan lain. Keputusan itu diangkat ke Majlis Raja-Raja sebelum diumumkan hari ini,” katanya pada Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Kedah yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor di sini, hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI