fbpx

Kapal persiaran tawar pakej ‘lari’ daripada Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal Villa Vie Odyssey menawarkan pelayaran selama empat tahun bagi rakyat AS yang mahu melarikan diri daripada pentadbiran Trump. - Getty Images

TALLAHASSEE, FLORIDA – Sebuah kapal persiaran menawarkan pelayaran bagi tempoh masa lama untuk rakyat Amerika Syarikat (AS) yang ingin melarikan diri daripada ketidaktentuan politik berikutan keputusan pilihan raya Presiden baru-baru ini, lapor akhbar Metro UK. 

Kapal Villa Vie Odyssey yang berpangkalan di Florida, melancarkan pakej Skip Forward yang menawarkan pelayaran selama empat tahun ke lebih 425 pelabuhan di 140 negara. 

Menurut laman web pengendali, kapal itu akan menghabiskan masa sebulan di Caribbean sebelum belayar ke rantau Amerika Selatan. Ia termasuk laluan di Terusan Panama, fiord-fiord di Chile, Antartika, Rio dan Sungai Amazon. 

Pakej empat tahun itu berharga AS$159,999 (RM710,000) bagi penumpang yang menginap di bilik untuk dua orang, manakala kabin tunggal menelan kos sebanyak AS$255,999 (RM1.1 juta).

Ketua Pegawai Eksekutif Villa Vie Residences, Mikael Patterson berkata, pakej berkenaan sesuai untuk rakyat AS yang ingin melarikan diri daripada pentadbiran Donald Trump.

“Meskipun dilancarkan sebelum keputusan pilihan raya, kami merasakan ia adalah  sempurna bagi mereka yang ingin meninggalkan negara ini selepas Trump memenangi pilihan raya,” tambah Patterson. 

Bagaimanapun, sekiranya pengunjung berasakan pelayaran empat tahun itu terlalu lama, Villa Vie Residences turut menawarkan pelbagai pakej lain untuk tempoh masa tertentu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI