fbpx

Jual adegan lucah sendiri, untung RM3,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCMC merakam percakapan seorang pelajar lelaki IPTA bagi membantu siasatan berhubung kes penjualan kandungan melibatkan video lucah adegan sendiri di aplikasi X.

PETALING JAYA – Seorang pelajar ebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) disiasat berhubung kes penjualan kandungan video lucah adegan sendiri di platform X.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah merakam percakapan dan mendapati kegiatan pelajar itu bermula sejak 2021 dengan memuat naik semula kandungan lucah sedia ada untuk dikongsikan kepada pengguna X.

“Modus operandi suspek kemudiannya berubah kepada memuat naik dan menjual video lucah adegan sendiri bersama wanita yang dikenalinya sehingga mendapat lebih 100,000 pengikut di platform X.

“Suspek menjadikan jualan video lucah sebagai sumber pendapatan. Hasil pendapatan bulanannya mencecah RM3,000 dengan anggaran harga sehingga RM150 bagi setiap satu video,” katanya.

Menurut MCMC, kegiatan tidak bermoral pemuda itu berjaya dibongkarkan hasil pemantauan dan risikan yang dijalankan oleh pihaknya selepas menerima aduan awam.

“Hasil pemeriksaan di sebuah premis di Shah Alam, pasukan penguatkuasaan MCMC menyita telefon bimbit serta kad sim yang digunakan untuk memuat naik kandungan lucah bagi membantu siasatan.

“Kita turut mengambil keterangan rakan suspek, seorang wanita yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS),” katanya.

Tambah MCMC, tindakan menjual video lucah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI