fbpx

K2

Hukum beri tip kepada penghantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMBERIAN tip adalah sama seperti memberi sedekah atau hadiah kepada seseorang.

Apakah hukum memberikan tip kepada penghantar makanan sedangkan pelanggan telah membayar kos penghantaran?

Jawapan: Hukum memberi tip kepada penghantar makanan adalah harus dan merupakan salah satu bentuk sedekah yang akan mendatangkan pahala buat pemberi serta akan memberi kebahagiaan kepada penghantar makanan tersebut.

Dalam masa sama, pemberian tip adalah hak pelanggan. Oleh itu, penghantar makanan perlu mengelakkan sikap meminta-minta kerana sikap tersebut dilarang dan akan menghilangkan keikhlasan tersebut.

Tip adalah pemberian tambahan daripada seorang pelanggan kepada penghantar makanan selain daripada kos penghantaran yang telah dibayar dengan niat bersedekah atau hadiah kerana berpuas hati dengan perkhidmatannya. Bagi sesetengah keadaan, pelanggan membayar kos barang dan kos penghantaran kepadanya dan bakinya diberikan kepada penghantar tersebut.

Pada hari ini, ada sistem penghantaran makanan yang menyediakan ruangan khas dalam aplikasinya untuk pelanggan memberikan tip kepada penghantar makanan.

Pemberian tip ini adalah sama seperti memberi sedekah atau hadiah kepada seseorang. Perbuatan memberi sedekah atau hadiah ini adalah perkara yang tidak dilarang dalam agama, bahkan merupakan amalan digalakkan.

Hal ini dapat dilihat melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tangan yang di atas (orang yang memberi) adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah orang yang memberi, manakala tangan yang di bawah adalah tangan orang menerima. (Riwayat Muslim, 1033)

Di samping itu, amalan memberi hadiah dan menerima hadiah adalah amalan yang amat digalakkan dalam Islam. Hal ini dapat dilihat melalui hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah yang berkata: “Rasulullah SAW menerima hadiah dan kemudian membalas hadiah tersebut.” (Riwayat al-Bukhari, 2585)

Selain itu, terdapat riwayat hadis lain yang menunjukkan terdapat galakkan daripada Rasulullah SAW untuk saling memberikan hadiah. Rasulullah SAW bersabda: “Berilah hadiah dan saling berkasih sayang antara kamu.” (Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad, 343)

Namun begitu, dalam meraikan amalan saling memberi dan menerima hadiah, perlu diingatkan juga untuk menjauhi sikap meminta-minta atau mengharapkan hadiah atas kerja dilakukan.

Kesimpulannya hukum memberikan tip kepada penghantar makanan adalah harus dan merupakan salah satu bentuk sedekah yang akan mendatangkan pahala buat pemberi serta akan memberi kebahagiaan kepada penghantar makanan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI