fbpx

Harimau Malaya tiada masalah atasi Laos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN gantian, Stuart Wilkin (tiga dari kanan) tampil cemerlang untuk menghasilkan gol kedua Harimau Malaya. - FAM

KUALA LUMPUR – Harimau Malaya menepati ramalan apabila berjaya memastikan kemenangan 3-1 ke atas Laos pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium PAT, Bangkok, sebentar tadi.

Cuaca hujan di Bangkok menyaksikan perlawanan terpaksa dilangsungkan atas padang basah dengan banyak kawasan padang ditakungi air hingga beri kesukaran buat kedua-dua pasukan beraksi lebih baik.

Bagaimanapun, Malaysia memulakan permainan dengan positif apabila membuka jaringan seawal minit keenam menerusi bintang muda Selangor FC, Harith Haiqal Adam Afkar.

Seterusnya, Harimau Malaya terus menguasai permainan namun pergerakan diatur tidak dapat dibuat dengan lebih baik memandangkan bola sering tersekat di kawasan lopak air.

Bagaimanapun, hasrat skuad negara menamatkan aksi 45 minit pertama dengan kelebihan satu gol tidak berhasil apabila Kydavone Souvanny meledak jaringan penyamaan buat Laos pada minit ke-33.

Malaysia terus garang di babak kedua dengan mencipta beberapa peluang terbaik namun pertahanan lawan kekal berdisiplin melakukan halangan.

Stuart Wilkin yang masuk menggantikan Safawi Rasid hanya memerlukan kurang seminit untuk menghadirkan impak besar apabila memperoleh sepakan penalti dan kesempatan pada minit ke-64 itu tenang disempurnakan olehnya bagi memastikan gol kedua buat Malaysia.

Minit ke-81, Malaysia dihadiahkan satu lagi sepakan penalti dan kali ini ia disempurnakan oleh Sergio Aguero.

Isnin ini, Harimau Malaya akan bermain satu lagi aksi persahabatan menentang India di Stadium Gachibowli, Hyderabad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN