fbpx

Fahmi ucap tahniah kepada Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAHMI berbangga dengan pencapaian cemerlang penyanyi nombor satu negara itu sepanjang tiga dekad kerjaya seninya.

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan tahniah atas penghormatan diraih penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai Biduanita Negara pada majlis Anugerah Seni Negara 2024 (ASN 2024), malam semalam.

Fahmi berkata, pihaknya amat berbangga dengan pencapaian cemerlang penyanyi nombor satu negara itu sepanjang tiga dekad kerjaya seninya.

“Tahniah Biduanita Siti Nurhaliza.

Bagi pihak Kementerian Komunikasi khususnya, kami amat berbangga dengan pencapaian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang cemerlang dan bergemerlapan dalam bidang seni suara,” tulisnya dalam Instagram, hari ini

Menurut Fahmi, pengiktirafan tersebut diharap menjadi pencetus semangat buat Siti untuk terus membanggakan negara di arena global.

Semoga dengan pengiktirafan ini, beliau akan terus mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya.

Penyanyi 7 Nasihat itu menerima Anugerah Khas Biduan Negara daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Siti turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, kain songket, watikah serta trofi dan status sebagai Seniman Tamu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI