fbpx

Dewan Rakyat: Akta Hasutan 1948 dikekalkan demi keselamatan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar ketika di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 buat masa kini bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah bagaimanpun berkata, pihaknya sedang melaksanakan kajian bagi menilai sama ada pindaan terhadap Akta Hasutan perlu dibuat atau sebaliknya.

“Ini supaya ia seiring dengan peredaran masa dan ledakan digitalisasi atau menggubal sebuah akta baharu bagi menangani isu 3R,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) mengenai pelan kerajaan sama ada memansuhkan Akta Hasutan atau memindanya supaya ia digunakan untuk perkara berkaitan institusi diraja dan tidak disalahgunakan untuk isu lain.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, pihaknya juga telah membentangkan Memorandum Jemaah Menteri bagi penetapan dasar berkaitan perkara tersebut.

Katanya, Jemaah Menteri bersetuju secara dasar supaya Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Perdana Menteri menyelaras penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Negara.

Mengulas soalan tambahan Abd. Ghani Ahmad (PN-Jerlun) mengenai kawalan kerajaan bagi pendakwaan terpilih yang dirujuk kepada Akta Hasutan terhadap pengkritik kerajaan, Shamsul Anuar berkata, semua rakyat diberi hak dan kebebasan bersuara.

“Perkara ini sebagaimana ditetapkan dalam Perkara 10 Perlembagaan. Yang menjadi kesalahan adalah apabila kita terkeluar daripada batas-batas yang sepatutnya.

“Tidak benar jika kerajaan menghadkan kebebasan bersuara dan menghalang rakyat untuk mengkritik,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI