PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca baik dan cerah di seluruh Semenanjung negara pagi ini ekoran tiada amaran ribut petir dikeluarkan setakat pukul 10 pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan meramalkan keadaan cuaca baik dijangka di kawasan timur termasuk Sabah, Sarawak, dan Labuan.
Bagaimanapun, MetMalaysia akan mengeluarkan amaran ribut petir sekiranya terdapat tanda-tanda hujan lebat melebihi 20 millimeter sejam yang dijangka berterusan lebih daripada satu jam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE