PETALING JAYA – Kemunculan pempengaruh dan usahawan, Cik Epal dalam sesi siaran langsung menjual kambing perap sebuah produk jenama tempatan mendapat perhatian ramai sehingga ada yang berani ‘mengusik’ ibu tunggal tersebut.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen siaran langsung itu sejak pukul 9 malam tadi mendapati, sebahagian penonton lelaki secara seloroh meletakan ‘resume’ masing-masing untuk memikat hati Cik Epal.
“Saya masih bujang umur 32 tahun, kerja tetap dan mampu bahagiakan Cik Epal,” kata Fairuz.
“Nama Ayie, tinggi 176 cm, 36 tahun, asal Selangor, salam kenal Cik Epal,” kata AyieXx.
“Aku hadir sebab Cik Epal ja ni, mana tahu berjodoh. Saya sanggup jadi bapa kepada anak-anak awak,” komen Zainal.
Sementara itu, rata-rata penonton turut memuji kecantikan Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud yang kelihatan seperti wanita 20-an.
“Cantik betul Cik Epal. Macam anak dara. Tenggelam Una dan Ica,” kata Azura.
“Cantiknya Cik Epal,” puji Mawar.
“Cantik betul Cik Epal ini. Aku yang perempuan pun tak berkelip pandang Cik Epal. Tak macam umur 30-an, nampak sebaya gadis 20-an. Betul tak tipu,” ujar Saf. – KOSMO! ONLINE