fbpx

Beli minyak masak peket, jadi minyak masak terpakai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan menunjukkan barangan rampasan pemrosesan minyak masak bersubsidi selepas Sidang Media Khas OPs Tiris 3.0 di kementeriannya di sini, hari ini. FOTO FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA- Beli minyak masak peket bersubsidi daripada syarikat pembungkus, kemudian dicampur dengan minyak masak terpakai sebelum dijual pada harga yang lebih tinggi.

Itu modus operandi sindiket yang berjaya dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi serbuan Op Tiris yang dijalankan secara berasingan di sebuah rumah di Taman Kajang Jaya, Kajang dan premis perniagaan di Bandar Rinching, Semenyih, Selasa lalu.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, serbuan sekitar pukul 12 tengah hari sehingga tengah malam itu dilakukan oleh pasukan penguatkuasa KPDN selepas menerima aduan awam mengenai kegiatan sindiket disyaki menyeleweng minyak masak peket.

Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukan ke atas kedua-dua premis itu berjaya menemukan anggaran 14,340 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi pelbagai jenama yang telah dipotong bungkusan dan disimpan di dalam tangki jenis Intermediate Bulk Container (IBC).

“Serbuan pertama melibatkan sebuah kediaman yang disyaki telah dijadikan sebagai stor haram untuk menjalankan kegiatan memotong minyak masak peket satu kilogram bersubsidi dan dimasukkan ke dalam tong simpanan.

“Minyak masak yang telah dipotong dan dikumpul itu kemudiannya akan dihantar ke sebuah premis perniagaan yang membeli dan menjual minyak masak terpakai.

“Di situ, minyak masak berkenaan akan dicampur dengan minyak masak terpakai,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, premis perniagaan itu disyaki berselindung di sebalik perniagaan membeli dan menjual minyak masak terpakai dengan menjadikannya sebagai lokasi pengumpulan dan pengedaran minyak masak tanpa lesen yang sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI