PETALING JAYA – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di Hospital Assunta di sini pagi ini.
Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Datuk Gurdial Singh Nijar ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
“Saya telah dimaklumkan beliau (Daim) meninggal dunia pagi tadi tetapi saya tidak mempunyai butiran lanjut mengenai punca kematiannya.
“Doktor sedang membuat pemeriksaan lanjut,” katanya.
Jelas beliau, Daim, 86, telah dimasukkan ke Hospital Assunta di sini sejak beberapa minggu lalu kerana masalah strok yang dialaminya.- KOSMO! ONLINE
Berita lanjut menyusul.