fbpx

Tindakan KOM, PSM bagus – Hannah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hadir pada Sesi Libat Urus TVET Sukan sempena Simposium Kemahiran ILKBS 2024 (SKIL24) di Spacerubix, Puchong, hari ini.

PUCHONG – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meluahkan rasa gembira dengan tindakan pantas yang diambil oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) terutama mempercepatkan proses pembukaan akaun bank khas bagi menerima peruntukan kewangan daripada kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kedua-dua persatuan itu telah menunjukkan kerjasama yang baik dalam membuka akaun khas tersebut dan berharap persatuan lain dapat bertindak lebih pantas.

Tegas Hannah, KBS mempunyai banyak peracangan tahun depan dan salah satu fokus utama KBS adalah untuk memperbaiki sistem urus tadbir ke arah yang lebih baik dan perubahan tersebut dapat menarik penajaan.

“Saya rasa tindakan yang diambil oleh PSM dan KOM adalah contoh yang bagus. Saya berharap lebih banyak persatuan sukan akan mengambil tindakan segera untuk membuka akaun khas mereka. Ini adalah langkah penting dalam memastikan proses penyaluran dana berjalan lancar.

“Kalau mereka tak buka akaun, kita tak boleh salurkan duit. Itu sahaja, senang cerita. Kalau mereka perlukan duit, mereka kena buka akaun.

“Kita nak pastikan pengurusan yang lebih baik akan menarik minat penaja. Rakan penaja nak tahu kemana duit mereka pergi. Kita mahu bantu semua tetapi kita perlukan kerjasama daripada semua persatuan sukan. Mereka perlu bergerak seiring dengan kami,” katanya.

Sebelum ini, KBS memperkenalkan semula kaedah ’empowerment’ kepada Persatuan Sukan Kebangsaan bagi mengurus dan meningkatkan tadbir urus peruntukan kewangan yang diterima mereka.

Langkah yang dibuat KBS ini adalah untuk memastikan ketelusan dan pengurusan dana yang lebih teratur selain memudahkan proses audit dan memastikan dana tersebut digunakan dengan sebaiknya.

Fasa pertama program itu membabitkan 19 PSK dan 23 jenis sukan bagi menyokong program Podium dan Pelapis Kebangsaan sepanjang tahun 2024.

Dalam perkembangan lain, KBS juga mengorak langkah baharu apabila memperkenalkan TVET Sukan di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dengan harapan dapat memperkasa tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.

HANNAH ketika mendengar maklum balas daripada pemegang taruh yang terdiri dari pihak industri, persatuan sukan dan agensi peneraju.

Hannah berkata, dengan adanya TVET Sukan di ILKBS ia sekali gus dapat mengurangkan kos terutama kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing.

“Menjelang 2025, KBS akan menawarkan kursus terapi sukan secara jangka pendek di semua ILKBS seluruh negara. Selain itu, KBS akan menawarkan pelbagai khusus seperti Terapi dan Urutan Sukan dan Perkhidmatan Kedi Golf dan berjaya menarik minat graduan. Sebagai contoh, di Penjara Kajang mereka suka kursus-kursus seperti itu.

“Jadi, kursus yang kita tawarkan ini membuka peluang kepada kemahiran kepada belia untuk menyumbang kepada industri sukan,” katanya.

Sebagai rekod, sejak 2015, ILKBS telah melahirkan 413 graduan dalam bidang Terapi Sukan dan 523 graduan dalam Perkhidmatan Kedi Golf. -KOSMO! ONLIE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN