fbpx

Dosa Jon Transporter pada Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jon Transporter diberkas kerana menyeludup PATI Indonesia oleh anggota imigresen yang menyerbu sebuah premis di Kajang Isnin lalu.

PETALING JAYA – Taktik licik lelaki Indonesia bergelar Jon Transporter menyeludup rakan senegaranya ke Malaysia sejak enam bulan lalu terbongkar apabila dia diberkas bersama dua sekutunya dan 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) di sebuah premis di Kajang Isnin lalu.

Suspek berusia 42 tahun itu diberkas pada pukul 6 petang oleh sepasukan penguat kuasa imigresen selepas melakukan intipan dan risikan sejak dua minggu lalu.

Imigresen dalam satu kenyataan berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 50 tahun dan berada di dalam premis yang dijadikan rumah penampungan PATI Indonesia sebelum dihantar ke lokasi tertentu.

“Serbuan dibuat selepas kita mengekori sebuah kenderaan hingga ke premis itu dan berjaya menahan Jon Transporter.

“Dua lagi sekutunya berusia 20 dan 41 tahun turut ditahan di rumah itu bersama 21 lelaki dan lima wanita Indonesia. Semakan mendapati 13 tinggal lebih masa manakala yang lain ‘kosong’,” katanya.

Menurut imigresen, operasi turut merampas 14 pasport Indonesia, wang RM13,430 dan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang digunakan untuk mengangkut PATI.

Tambahnya, sindiket membawa masuk PATI melalui jalan tikus dan setiap seorang dikenakan bayaran antara RM1,500 hingga RM2,500 untuk diseludup ke sini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26 J dan 26 H Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. PATI itu pula disiasat mengikut Seksyen 6(3) dan Sek.15(4) Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua yang diberkas dihantar ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI