fbpx

Suria FM catat 3.3 juta pendengar, Suria Cinta paling sukses

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Stesen radio Suria FM berjaya mencatat lebih 3.3 juta jumlah pendengar menerusi keputusan terkini kaji selidik GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 2 2024.

Angka tersebut meningkat sebanyak 10 peratus berbanding kajian terdahulu dan secara keseluruhan Suria FM dalam tempoh seminggu.

Lebih membanggakan, segmen Suria Cinta kendalian penyampai radio popular, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin mencatatkan peningkatan jumlah pendengar mingguan tertinggi sebanyak 341,000 pendengar iaitu 33 peratus berbanding kajian terdahulu.

Menurut DJ Lin yang juga pengurus besar Suria FM, peningkatan angka tersebut juga menjadi bukti sokongan berterusan pendengar.

“Kami amat gembira dengan keputusan kaji selidik sekali gus menunjukkan Suria FM terus menjadi pilihan utama pendengar radio di Malaysia.

“Pencapaian ini disebabkan komitmen padu dan kerja keras seluruh pasukan yang telah memberikan hasil terbaik untuk para pendengar.

“Kami komited untuk terus memperkukuhkan jenama Suria agar kekal relevan dan menjadi pilihan pendengar di Malaysia,” katanya.

Dalam masa sama segmen Suria Cinta turut meraih jumlah masa mendengar mingguan tertinggi (Weekly Time Spent Listening) selama tiga jam 11 minit dalam kalangan segmen utama di Suria.

Selain Suria Cinta, segmen Gaya Suria dan Muzik Top Suria kelolaan Cik Piah turut meraih peningkatan sebanyak 303,000 pendengar iaitu 23 peratus.

Manakala, segmen Morning Morning Suria kendalian Ajak, Datuk Fizz Fairuz dan Suraya pula mencatatkan peningkatan sebanyak 170,000 pendengar (12 peratus) sementara segmen Suria Petang yang dihoskan Sharifah Shahirah, Chiwan, dan Kai Hassan meningkat kepada 152,000 pendengar (9 peratus).

Difahamkan, segala data tersebut merupakan hasil survei daripada GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 2 2024 (Individu berusia 10 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI