fbpx

Supermoon terakhir 2024 ‘Beaver’s Moon’ muncul malam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej bulan menjelang Supermoon paling dekat dengan bumi dirakamkan di Balai Cerap Negara di Langkawi, Kedah pada 14 November 2016. - Foto ihsan Mysa

PUTRAJAYA – Fenomena Supermoon yang terakhir untuk tahun ini diramalkan berlaku di seluruh dunia esok pada pukul 11.18 pagi GMT (kira-kira 7.18 malam waktu Malaysia).

Menurut sumber falak tempatan, kejadian tersebut bakal menyaksikan jarak bulan dari bumi sejauh 361,867 kilometer (km) dengan diameter jasad samawi itu ialah 33.18 arc.

Walau bagaimanapun, Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) menerusi hantaran infografik pada awal bulan ini memaklumkan jarak insiden berkenaan lebih dekat iaitu 360,109 km.

Ia turut menyatakan bahawa Supermoon itu akan dapat dilihat jelas di negara ini pukul 7.14 malam, sehari selepas berlakunya kemuncak juraian meteor Taurid Utara di langit.

Mysa turut mengesahkan fenomena itu bakal terjadi sebelum bulan memasuki tempoh fasa penuh atau kelazimannya disebut sebagai purnama pada pukul 5.31 pagi Sabtu ini.

Meskipun hanya bersifat kejadian angkasa, Supermoon terakhir 2024 yang turut diberikan nama Beaver’s Moon itu, dijangka mengakibatkan banyak kawasan rendah dinaiki air.

Situasi itu dapat dilihat menerusi laman sesawang Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) memaparkan beberapa lokasi di tepi laut akan mengalami air pasang perbani antaranya di Pelabuhan Klang, Selangor, Pelabuhan Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI