fbpx

Suami isteri maut tersepit bawah lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori di hadapan Muzium, Jalan Laksamana Kota Tinggi di sini awal pagi tadi.

KOTA TINGGI – Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori di hadapan Muzium, Jalan Laksamana Kota Tinggi di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat kota Tinggi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB ) Shawaluddin Ami Nordin berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Md Raus Kamaludin, 40 dan Noorain Tohit, 33.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden ini pada pukul 6.04 pagi dan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Hino dan sebuah motosikal Honda Wave dinaiki mangsa.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala pemandu lori, seorang lelaki dewasa, dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI