fbpx

Polis tembak mati empat penjenayah di Jalan Imbi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat kesemua suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

KUALA LUMPUR – Polis menembak mati empat penjenayah warga Vietnam yang dipercayai terlibat dalam 44 kes tebuk peti besi di sekitar Lembah Klang sejak 2018.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, keempat-empat suspek ditembak oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSJ Kuala Lumpur di tingkat 17 sebuah residensi di Jalan Imbi, di sini, pukul 11.30 malam tadi.

Katanya, kesemua suspek berusia 40-an didapati cuba melepaskan tembakan ke arah pihak polis dalam serbuan Operasi Tebuk ini.

“Semasa proses melakukan tangkapan cuba dibuat, suspek dikesan melepaskan tembakan secara tiba-tiba sehingga berlaku situasi berbalas tembakan dan dalam usaha mempertahankan diri dapat menembak mati kesemua mereka.

“Hasil pemeriksaan polis mendapati suspek bersenjatakan dua parang dan dua pistol yang digunakan untuk menyerang pihak polis,” katanya.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati suspek dipercayai sering keluar dan masuk ke negara ini.

Suspek mengaut RM4.3 juta hasil daripada jenayah pecah rumah, pecah pejabat sebelum menebuk peti besi dari premis yang menjadi sasaran mereka.

Katanya, secara kebiasaannya suspek menyasarkan pejabat dan kediaman yang tidak berpenghuni selepas melakukan pemerhatian sebelum melakukan jenayah.

“Kali terakhir suspek dilaporkan melakukan jenayah yang terbaru adalah dua hari lalu Sri Hartamas, di sini, sebelum kembali bersembunyi di lokasi yang diserbu malam ini.

“Kita juga percaya mereka ini menjadikan unit kediaman mewah ini sebagai tempat perancangan jenayah, berehat serta menyembunyikan diri.

“Daripada siasatan kita suspek yang mempunyai pasport ini sangat popular (berbahaya) dan sangat susah untuk ditahan kerana kelicikan mereka.

“Mereka ini bergerak melakukan jenayah pada waktu malam dan tidak meninggalkan kesan dan apabila wajah mereka terakam di televisyen litar tertutup (CCTV), ia agak sukar untuk dikenal pasti disebabkan mereka warga asing,” jelasnya.

Jelasnya lagi, siasatan lanjut kini sedang diteruskan baki mengesan saki-baki kumpulan ini dan juga dalam proses melengkapkan siasatan atas jenayah yang dilakukan mereka.

Mayat kesemua suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI