fbpx

Pengasuh paling ramai dera kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Pengasuh dan penjaga menjadi pelaku jenayah tertinggi kes penderaan kanak-kanak di Selangor dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, statistik terbaharu pihaknya merekodkan sebanyak 387 kes rata-ratanya melibatkan mangsa berusia bawah 16 tahun.

Tegasnya, kesemua mangsa itu terdiri daripada 139 kanak-kanak berusia 0 hingga satu tahun, dua hingga lima tahun (96) dan bakinya berusia sehingga 18 tahun.

“Daripada jumlah itu, seramai 89 suspek melibatkan pengasuh atau penjaga selain golongan ibu bapa, guru, jiran dan murid,” katanya selepas merasmikan Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor di Balai Polis Seksyen 11 di sini, hari ini.

Tambah beliau, statistik pihaknya mendapati kes penderaan kanak-kanak di negeri merekodkan sedikit peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, Hussein berkata, CIC kedua yang beroperasi sejak Mac lalu bertujuan menemuduga kanak-kanak yang terlibat dalam kes seperti penderaan, pengabaian dan seksual. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI