fbpx

Pemandu Ativa sedang marah ketika angkat Zaharif – Saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nazri (kiri) dibawa ke Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pemandu Perodua Ativa yang dipandu seorang pegawai polis dikaitkan dengan kes bunuh, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, berada dalam keadaan marah ketika mengangkat pelajar tingkatan lima itu ke bahu jalan.

Saksi pendakwaan ke-11 iaitu seorang remaja lelaki itu bagaimanapun berkata, dia tidak dapat mendengar apa yang perkatakan oleh pemandu tersebut ketika mengangkat mangsa.

Katanya, situasi selepas pelanggaran itu disaksikannya ketika berada di bahu jalan berdekatan simpang tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati.

“Sepanjang kejadian, saya kekal berada di bahu jalan berdekatan simpang tiga SMK Jati dan hanya bergerak ke bahu jalan tempat Zaharif diangkat setelah pemandu kereta Ativa itu beredar dari tempat kejadian,” katanya ketika membaca penyataan bertulisnya di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet di sini hari ini.

Terdahulu, saksi itu berkata, sebelum perlanggaran berlaku, dia melihat mangsa memperlahankan motosikal seperti mahu membelok ke kanan berdekatan dengan tempatnya berada di bahu jalan.

Bagaimanapun katanya, dia tidak perasan sama ada mangsa memberikan isyarat untuk membelok namun melihat motosikal ditunggang remaja itu berada dekat dengan garis putih pembahagi jalan dan pemegang motosikal pula telah bergerak ke kanan.

“Saya melihat kereta Ativa melanggar bahagian lampu belakang motosikal Zaharif dengan bumper bahagian tengah kereta.

“Zaharif jatuh dan motosikalnya terseret ke arah hadapan kereta Ativa seterusnya kereta tersebut menggilis mangsa. Sebelum perlanggaran berlaku tiada sebarang bunyi hon daripada kereta Ativa atau tanda-tanda kereta itu menekan brek,” katanya.

Sementara itu, ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz, saksi memberitahu mahkamah, lokasi dia berdiri di bahu jalan dengan kawasan perlanggaran adalah pada jarak lima meter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI