fbpx

NC UUM rangkul anugerah CEO Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anugerah tersebut disampaikan oleh Steven Sim kepada Zambri, semalam.

PETALING JAYA – Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr. Mohd Foad Sakdan telah merangkul Anugerah Ketua Pegawai Ekesekutif Sektor Awam (CEO Awam) dalam Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Negara.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong kepada Ahli Lembaga Pengarah UUM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Risiko Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UUM, Zambri Mat semalam.

Dr. Mohd Foad dalam satu kenyataan berkata, beliau bersyukur dengan kejayaan yang dikecapi dan menyifatkannya sebagai satu pencapaian memberangsangkan bagi universiti yang melakar kecemerlangan dalam aspek pengurusan KKP.

“Kemenangan dalam penyertaan kali ini sejajar dengan sambutan ulang tahun UUM ke-40 penubuhannya yang sebelum ini dinobatkan sebagai Universiti Nombor Satu di Malaysia berdasarkan penarafan oleh Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2024.

“Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah asas kepada semua operasi, justeru UUM telah meletakkan usaha kolektif dalam memperkasa hal ehwal berkaitan dengan KKP,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam membantu UUM untuk memenangi anugerah ini.

Beliau berharap dengan pencapaian ini warga UUM terus berusaha menjadikan universiti lebih cemerlang dalam pengurusan KKP peringkat domestik dan antarabangsa.

Selain anugerah terbabit, UUM turut meraih Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Negara 2023 Kategori IPT di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI