fbpx

MAS, AirAsia batal penerbangan ke Bali akibat letusan gunung berapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUNUNG Lewotobi Laki-Laki menghamburkan abu di pulau Flores. - Foto AFP

JAKARTA – Syarikat-syarikat penerbangan di Australia, Hong Kong, India, Malaysia dan Singapura membatalkan penerbangan ke dan dari pulau peranginan Bali hari ini selepas sebuah gunung berapi menghamburkan abu setinggi sembilan kilometer ke langit.

Semua penerbangan itu dihentikan selepas Gunung Lewotobi Laki-Laki di pulau Flores memuntahkan abu itu semalam.

Menurut seorang wartawan AFP di lapangan terbang antarabangsa Bali, turut berbuat demikian ialah syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), AirAsia, IndiGo dari India dan Scoot dari Singapura.

“Abu vulkanik mencetuskan ancaman besar kepada operasi pesawat di sekitar awan gunung berapi,” kata AirAsia.

Seramai sembilan orang maut, manakala 31 lagi cedera apabila gunung berapi setinggi 1,703 meter itu meletus sejak kebelakangan ini.

Menurut sebuah agensi menangani kesan bencana, lebih 11,000 penduduk dipindahkan selepas gunung itu meletus akhir-akhir ini.

Letusan yang mengeluarkan abu halus boleh merosakkan enjin jet dan menyebabkan cermin depan pesawat kelihatan kabur. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI