KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 orang jemaah hadir menunaikan solat jenazah Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Masjid Wilayah, sebentar tadi.
Jenazah yang tiba di masjid tersebut sekitar pukul 3.30 petang tadi telah selesai dimandikan di kediaman beliau di Persiaran Bukit Tungku, di sini.
Selain keluarga Allahyarham, turut kelihatan beberapa pemimpin politik tanah air antaranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Jenazah kini di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1 untuk disemadikan. – KOSMO! ONLINE.