KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika ini berada di Lima, Peru berkata, kerajaan mengikhtiraf jasa dan sumbangan bekas menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang telah meninggal dunia pagi tadi.
Anwar melalui satu hantaran di Facebook rasminya turut menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.
“Terima perkhabaran pemergian Tun Daim Zainuddin setibanya di Lima, Peru. Salam takziah buat keluarga Allahyarham.
“Kerajaan mengiktiraf jasa dan sumbangan beliau kepada negara terutama semasa menjadi Menteri Kewangan. Al-Fatihah,” tulis Anwar.
Terdahulu, Tun Daim dilaporkan meninggal dunia pada usia 86 tahun ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya. -KOSMO! ONLINE.