fbpx

Ibu kurung anak dalam rumah guna sel penjara 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sel penjara dibina di dalam rumah tersebut di wilayah Buriram. - Khaosod

BANGKOK – Seorang warga emas di Thailand nekad memasang gerigi besi menyerupai sel penjara di rumah untuk mengurung anaknya yang mempunyai masalah ketagihan melampau terhadap dadah dan judi, lapor laman berita Oddity Central. 

Wanita berusia 64 tahun itu bertindak demikian bagi melindungi diri dan jiran-jiran daripada anak lelakinya yang berusia 42 tahun, selepas dia hidup dalam ketakutan selama lebih 20 tahun. 

“Selama bertahun-tahun, saya telah cuba pelbagai cara untuk memulihkan anak saya termasuk membawanya ke lebih 10 pusat pemulihan di seluruh negara tetapi tidak berhasil,” katanya. 

Situasi semakin parah apabila anaknya mula ketagih berjudi, menyebabkan tindakannya semakin tidak terkawal, ganas dan berbahaya. 

“Saya hidup dalam ketakutan selama 20 tahun. Selepas suami meninggal dunia, saya tinggal berdua dengannya,” kata wanita tersebut.

Selain memasang sel penjara, wanita itu memastikan anaknya mendapat pelbagai kemudahan asas seperti katil, bilik mandi dan sambungan WiFi. 

“Saya turut membuat lubang kecil untuk menghantar makanan dan minuman, selain memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) untuk memantau tingkah lakunya 24 jam sehari,” ujar wanita tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI