fbpx

Hospital Pakar Damansara 2 lancar kempen inovasi pembedahan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sok Kheng pada majlis pelancaran kempen tentang pembedahan selamat dalam kalangan petugas dan pelanggan di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA- Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2) telah melancarkan kempen Less Scars, Less pain, bertujuan untuk mendidik orang awam tentang inovasi pembedahan yang selamat, tepat dan invasif minimum. 

Kempen ini turut menggalakkan kesejahteraan kesihatan, pemulihan dan penyembuhan yang lebih pantas, sekali gus meninggalkan pesakit dengan kesan parut yang kurang dan kesakitan yang minima.

Ketua Pegawai Eksekutif DSH2, Tan Sok Kheng berkata, pelaksanaan kempen ini sejajar dengan visi masa depan hospital itu untuk menjadi pusat pakar bagi jantung dan paru-paru yang terbaik dalam setiap aspek pencapaian klinikal, kepuasan perkhidmatan, kemajuan teknologi serta sumbangan kepada pendidikan dan penyelidikan.

“Kempen ini akan berlangsung selama lima bulan bermula Ogos hingga 31 Disember tahun ini dan menampilkan dua fasa.

“Fasa pertama adalah Zip-less:Beyond The Beat yang mempamerkan pembedahan minimal invasif kardiak (MICS), memperlihatkan masa depan pembedahan jantung dengan prosedur seperti pembedahan pintasan jantung serta penggantian injap mitral dan aorta.

“Fasa Dua pula menampilkan ‘Redefined Precision: Where Robotics Meet Expertise’ yang menekankan inisiatif invasif minimum yang menggabungkan teknologi robotik terkini.

“Teknologi ini akan membolehkan pakar bedah melakukan pembedahan invasif minimum dengan ketepatan dan ketangkasan tiada tandingan, membawa kepada proses pemulihan lebih pantas, pengurangan komplikasi dan hasil pembedahan yang lebih optimal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran kempen tersebut di sini baru-baru inni

Sok Kheng berkata, penggunaan teknologi DSH2 telah meletakkan hospital itu sebagai hab latihan  bagi pakar bedah jantung dari seluruh negara yang ingin meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam prosedur pembedahan jantung invasif minimum atau cantuman pintasan jantung. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI