fbpx

Hasrat adakan kenduri 100 hari kematian bapa tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORHAMIMAH menunjukkan gambar adik iparnya, Allahyarham Md Raus ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, hari ini.

KOTA TINGGI – Hasrat seorang pekerja kilang sawit mahu mengadakan kenduri doa selamat sempena 100 hari kematian bapanya tidak tercapai selepas maut dalam kemalangan di hadapan Muzium, Jalan Laksamana Kota Tinggi di sini awal pagi hari ini.

Norhamimah Khamis, 39, berkata, dia tidak menyangka adik iparnya, Md Raus Kamaludin, 40, dan isteri Noorain Tohit, 33, maut dalam kemalangan motosikal dan lori.

“Difahamkan mereka dalam perjalanan balik ke Kilang Sawit Tai Tak. Malam semalam (kelmarin) mereka berdua pulang ke Felda Bukit Easter rumah mentuanya (ibu Noorain), memang setiap minggu mereka akan pulang ziarah orang tua mereka.

“Arwah bapanya meninggal sebab sakit tua tiga bulan lalu,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi di sini hari ini.

Norhamimah berkata, pasangan suami isteri itu telah lebih 10 tahun mendirikan rumah tangga namun belum mempunyai rezeki cahaya mata dan jenazah kedua-duanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Waha, di sini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kemalangan maut itu melibatkan sebuah lori jenis tipper dengan sebuah motosikal jenis honda di Jalan Tun Sri Lanang dekat simpang Jalan Laksamana di sini.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu lelaki berumur 65 tahun dari arah Kota Tinggi ketika hendak membelok ke sebelah kanan sebelum datang sebuah motosikal dinaiki oleh suami isteri itu dari arah bertentangan dan bertembung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI