fbpx

Hampir seluruh negara diramal hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan dan ribut petir sedang berlaku di hampir kesemua negeri di Malaysia ketika ini.

Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 4 petang itu melibatkan seluruh kawasan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Di Kedah, amaran cuaca buruk melibatkan kawasan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Kelantan pula melibatkan Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Bagi negeri-negeri Pantai Timur, cuaca buruk dijangka tertumpu di Besut, Setiu dan Hulu Terengganu di Terengganu, dan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang,” katanya.

Dalam pada itu, amaran turut diberikan di Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat di Sarawak.

“Amaran ribut petir juga melibatkan Pantai Barat (Kota Belud), Tawau (Tawau dan Semporna) dan Kudat di Sabah,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI