fbpx

EPL: Peminat Liverpool semakin cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH, Van Dijk dan Alexander-Arnold masih belum diberikan tawaran kontrak baharu ketika perjanjian semasa mereka berakhir hujung musim ini. - AFP

LIVERPOOL – Peminat setia Liverpool semakin ‘pening kepala’ selepas pihak pengurusan tertinggi masih belum membuat sebarang usaha untuk melanjutkan kontrak tiga pemain bertaraf bintang pasukan yang akan berakhir pada penghujung musim ini.

Sebagai rekod, tiga tonggak sensasi The Reds, Virgil Van Dijk, Mohamed Salah dan Trent Alexander-Arnold tidak akan lagi berada di Anfield sekiranya pengurusan masih lagi berkeras untuk tidak menawarkan kontrak baharu kepada mereka.

Meskipun terpalit isu di luar padang, prestasi skuad kendalian Arne Slot itu terjejas apabila berjaya mendahului saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim ini.

Namun, penyokong Liverpool tetap meluahkan hasrat agar pemilik Liverpool, Kumpulan Fenway Sports (FSG) membuat tindakan segera untuk menyambungkan kontrak terutama Salah yang berada pada tahap terbaiknya musim ini.

“FSG, dia (Salah) sudah semakin mengganas, berikan apa yang dia minta,” tulis kain rentang yang dibuat oleh peminat setia ketika menyaksikan aksi Liverpool menentang Aston Villa minggu lalu.

Salah yang kini berusia 32 tahun berjaya meledak lapan gol dan enam bantuan jaringan sepanjang kempen EPL dan dianggap antara pemain terbaik dunia ketika ini.

Sebelum ini, Slot mengakui impak ketiga-tiga pemain utama pasukan itu cukup penting tetapi masih belum ada sebarang perbincangan untuk melanjutkan kontrak dalam masa terdekat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI