fbpx

[VIDEO] Tuan kerbau tolong mengaku – Cikna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di Facebook.

PETALING JAYA – Seorang wanita yang dikenali sebagai Cikna berang apabila van yang dinaiki abang dan adiknya kemek selepas melanggar kerbau di Marang, Terengganu beberapa hari lalu.

Dalam hantaran di Facebooknya, Cikna menyatakan rasa syukur kerana ahli keluarganya tidak cedera meskipun van yang mereka naiki mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Menurutnya, kejadian ini bukanlah kali pertama berlaku di kMarang disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pemilik haiwan yang membiarkan ternakan berkeliaran di tepi jalan.

Cikna menegaskan insiden tersebut kerap terjadi dan pemilik haiwan enggan bertanggungjawab sekiranya kemalangan berlaku.

Dia turut mengingatkan bahawa tempat haiwan ternakan di dalam kandang, bukan dibiarkan bebas sehingga membahayakan pengguna jalan raya.

Cikna turut berkongsi pengalaman suaminya yang kerap menjadi mangsa di selekoh yang sama di Marang menyebabkan motosikal jenis RXZ miliknya rosak teruk dan terpaksa dibaiki dengan menggunakan kos sendiri.

“Ada ahli keluarga saya yang pernah lalui benda sama hingga cedera dan patah kaki. Suami saya sendiri pernah patah tangan kerana langgar kerbau,” tambahnya.

Lebih mengecewakan, dia mendakwa tiada seorang pun pemilik kerbau yang tampil mengaku haiwan mereka terlibat dalam kemalangan melainkan setelah kerbau tersebut diikat.

Dalam hantaran tersebut, Cikna turut menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemilik haiwan yang cuai, memandangkan kerugian yang dialami pengguna jalan raya sering kali tidak dipedulikan.

“Saya pernah tengok orang meninggal depan mata saya sendiri sebab tertusuk tanduk kerbau akibat pelanggaran. Dia mati di tempat kejadian,” kongsi Cikna.

Cikna turut mempersoalkan sehingga bila keadaan ini akan berterusan dan berapa ramai lagi yang perlu kehilangan nyawa sebelum tindakan diambil.

“Sampai bila nak macam ni? Nak tunggu berapa ramai lagi mati baru nak ambil tindakan?” luahnya dihujung hantaran.

Hantaran Cikna itu telah mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang turut bersetuju dengan pandangannya dan berharap pihak berkuasa segera bertindak untuk mencegah kejadian serupa daripada terus berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI