PETALING JAYA – Sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna merah mengejutkan penghuni sebuah rumah apabila terbabas dan memasuki ruang tamu melalui pintu pintu gelangsar tepi rumah mereka.
Menerusi hantaran oleh @faiz59_ di TikTok, kereta itu dilihat berada di tengah-tengah ruang tamu rumah berkenaan dengan keadaan rumah yang berselerak akibat cebisan kaca pecah dan perabot rosak kerana pelanggaran tersebut.
Walaupun kejadian itu agak mencemaskan, ramai pengguna media sosial bingung bagaimana kereta itu boleh terbabas masuk ke rumah tersebut, walhal ruang di luar agak sempit dan tembok tidak pecah.
“Aku malas nak siasat, buat pening kepala. Tembok tak pecah, kaki lima luar tak besar mana tapi tahu-tahu kereta dah dekat dalam rumah. Aih,” kata Hafizz Kamis.
“Macam mana boleh masuk? Ruang luar macam sempit je tapi masuk parking elok pula tu,” ujar Emma.
“Tolong lah ada rakaman CCTV. Macam mana Myvi ni boleh masuk?,” komen Faizal Nasir. – KOSMO! ONLINE
@faiz59_macam tak percaya. semoga dipermudahkan urusan owner #myviralvideo