PETALING JAYA – Kosmo! ingin memberi penjelasan berhubung satu laporan berita yang disiarkan laman web Kosmo! Online bertajuk ‘Modal melabur RM655,109 lesap’ pada 7 Ogos 2024.
Berita berkenaan ada memetik nama Tan Teng Boo sebagai scammer selaras dengan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh polis pada tarikh tersebut.
Laporan itu hanya menyiarkan apa yang terdapat di dalam kenyataan akhbar polis itu dan tiada niat lain berhubung penyiaran nama scammer yang dikaitkan dengan Tan Teng Boo.
Sehubungan itu, pihak Kosmo! memohon maaf kepada penama Tan Teng Boo atau pihak yang dikaitkan dengan penama kerana nama itu telah digunakan oleh scammer untuk tujuan yang salah.
Kami telah menarik balik laporan berita itu dan tidak akan ulang terbit laporan seumpama tersebut.
Pihak Kosmo! sentiasa berpegang kepada kod-kod etika kewartawanan dalam penerbitan sesuatu berita. – KOSMO! ONLINE