fbpx

Stor farmasi Hospital Papar terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah stor farmasi Hospital Papar mengalami kebakaran dalam kejadian malam tadi.

PAPAR – Sebuah stor farmasi Hospital Papar mengalami kebakaran dalam kejadian malam tadi.

Ketua BBP Papar, Penolong Penguasa Bomba, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.02 malam.

“Seramai 14 pegawai dan anggota bersama jentera, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah stor perubatan farmasi manakala sebuah bangunan bilik makmal kajian hanya terkena bahang,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kebakaran terbabit dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI