fbpx

‘Sinkhole’ di lorong kecemasan NKVE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lubang benam yang berlaku di lorong kecemasan Lebuh Raya NKVE.

PETALING JAYA – Sebuah insiden lubang benam atau ‘sinkhole’ dilaporkan berlaku di lorong kecemasan di KM18.6 arah selatan Lebuh Raya Lembah Klang Utara (NKVE) membabitkan laluan dari Kota Damansara ke Damansara.

Menurut hantaran rasmi oleh Plus Malaysia di Facebook, kejadian tersebut menyebabkan penutupan sementara lorong kecemasan serta separuh lorong kiri bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya.

Sementara itu, PLUS Malaysia menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih teliti dan mendapatkan maklumat trafik terkini melalui aplikasi PLUS atau laman X @plustrafik.

“Pengguna lebuh raya diingatkan untuk sentiasa memandu dengan berhati-hati dan memberi kerjasama bagi memastikan perjalanan selamat bagi semua pihak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI