fbpx

‘Siapa No.1 ni? Semua nak ‘claim’ No.1!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
‘Perang status’ antara Hot FM dan Era mencuit hati pengguna media sosial

PETALING JAYA – Dua stesen radio popular, Era dan Hot FM masing-masing mendakwa sebagai stesen radio nombor satu di Malaysia dalam satu ‘perang status’ yang mencuit hati pengguna media sosial.

Dalam satu hantaran di Instagram hari ini, Hot FM mendakwa, kajian Nielsen Consumer & Media View (CMV) menunjukkan stesen radio itu mencatatkan 3.8 juta pendengar setia sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia.

Hantaran tersebut turut disertakan dengan ucapan terima kasih kepada ‘Family Hot FM’ kerana kekal menyokong mereka.

Tidak cukup dengan itu, Hot FM menegaskan ia adalah ‘Radio No.1’ sambil berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa memberi sokongan padu.

Era kemudian memuat naik hantaran permohonan maaf kepada pendengar setianya kerana ‘tidak sengaja’ menduduki tangga nombor satu radio di Malaysia, malah menulis ‘Radio No. 1 Paling Legit di Malaysia’ dalam gaya grafik berwarna hijau yang mencuri tumpuan.

Situasi itu membuat sebilangan pengguna media sosial keliru tentang radio nombor satu yang sebenar di Malaysia, namun ramai juga berasa terhibur kerana ia menunjukkan kedua-dua stesen radio berkenaan berusaha keras untuk menjadi pilihan utama pendengar.

“Semua radio ‘claim’ masing-masing No.1 dalam Malaysia. Tak tahu mana satu yang No.2 dan No.3,” komen Hafiz Sarwani.

“Era dan Hot FM ni, hantuk kepala dua-dua karang. Duduk ‘claim’ No.1 sahaja,” kata Anuar Sallehin.

“Siapa No.1 ni? Semua nak ‘claim’ No.1. Apa lah,” tulis Acambaba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI