fbpx

‘Setiap kali hujan, saya akan timba air’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORHAMMAD SYAFIQUL menunjukkan bumbung rumahnya yang kini menggunakan kanvas akibat diterbangkan ribut sebelum ini di Kampung Semarang, Dengkil baru-baru ini.

DENGKIL – Sebuah keluarga di Kampung Semarang di sini gelisah setiap kali hujan selepas bumbung rumah yang menjadi tempat berteduh rosak dipukul ribut empat bulan lalu.

Morhammad Syafiqul Idham Mohammad Affandi berkata, dalam kejadian pada 26 Jun lalu itu, kediamannya antara yang paling teruk terjejas selain ba­nyak peralatan yang rosak.

“Walaupun sudah empat bulan berlalu, namun sehingga kini belum ada mana-mana lagi pihak tampil membantu.

“Bagi melindungi keluarga, saya mengeluarkan duit tabung untuk membeli kanvas menggantikan atap yang tercabut,” kata­nya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, setiap kali hujan dia perlu menimba air yang bertakung dalam rumah.

“Setiap malam, anak saya yang berusia dua tahun tidur dalam kesejukan kerana kanvas berlubang. Kami juga kerap digigit nyamuk,” katanya.

Jelas Morhammad Syafiqul, dia memerlukan lebih RM10,000 untuk membeli peralatan dan mengupah tukang bagi membaik pulih bumbung tersebut.

“Sekarang saya buntu kerana tidak mempunyai wang seba­nyak itu. Saya sudah membuat aduan berhubung perkara ini kepada wakil rakyat Dengkil, namun setakat ini tiada maklum balas yang diterima.

“Saya turut mendapatkan bantuan daripada ketua kampung, tetapi masih juga tiada sebarang jawapan. Lembaga Zakat Se­langor turut berjanji akan meninjau rumah ini selepas beberapa kali saya pergi ke pejabat agensi itu,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh me­nyumbang menerusi akaun CIMB Bank bernombor 7010193939 atau menghubungi Morhammad Syafiqul di talian 017-3123604.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN