fbpx

Peniaga donat susu ‘berayaq’ mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video jualan donut susu 'berayaq' yang turut disertakan dalam kenyataan GPMS.

ALOR SETAR – Peniaga donat susu yang tular kerana menggunakan perkataan ‘berayaq’ dan ‘jet’ memohon maaf selepas video jualan mereka itu menerima kritikan daripada orang ramai.

Menerusi hantaran di akaun TikTok, peniaga itu menjelaskan bahawa berayaq bermaksud doh yang dihasilkan cair, selain donat tersebut akan cair di dalam mulut apabila dimakan.

“Jet bermaksud terajang dan untuk pengetahuan semua (perkataan) ‘cirit’ itu bukanlah tagline daripada kami dan video yang tular baru-baru ini bukan idea daripada kami.

“Kami hanya melakonkan apa yang diarahkan, semoga menjawab semua persoalan dan kami memohon maaf andai video kami ada yang salah tafsir,” katanya yang memaklumkan telah menukar nama kedua-dua akaun kepada Bertanah.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Izharul Khairi Taharuddin berkata, perniagaan donat itu yang menyertai sebuah karnival makanan di sini tular selepas menggunakan perkataan berayaq untuk menjual makanan tersebut.

“Penggunaan kata-kata yang dianggap tidak senonoh dan menjijikkan ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat umum terutama mereka yang prihatin terhadap perkembangan moral anak muda,” katanya.

Kata beliau, GPMS negeri mengecam keras kaedah pemasaran yang tidak sihat itu walaupun terdapat pandangan bahawa ‘bad marketing’ juga adalah salah satu kaedah pemasaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI