fbpx

Pantai Timur dibadai hujan lebat, angin kencang petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 6 petang hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran cuaca buruk di Semenanjung Malaysia melibatkan Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor.

“Bagi Perak, kawasan yang dijangka terkesan termasuk Kinta, Kampar dan Batang Padang, manakala di Kelantan ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda daerah Kuala Krai serta Gua Musang.

“Terengganu pula dijangka menerima cuaca buruk di beberapa daerah seperti Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun, dan Kemaman. Bagi Pahang, kawasan yang terlibat termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Kuantan dan Pekan,” kata kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, bagi Johor, daerah dijangka mengalami cuaca buruk tersebut adalah Muar, Batu Pahat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru.

“Bagi Sarawak, cuaca buruk dijangka di Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang. Sabah pula dijangka mengalami ribut petir di kawasan Pedalaman dan Pantai Barat melibatkan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran.

MetMalaysia berkata, penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan banjir kilat dan risiko pokok tumbang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI