fbpx

‘Melon To Million’ ubah nasib bekas penagih dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAIDI (dua dari kiri) memberi penerangan mengenai Projek 'Melon To Million' di TKPM, Pulau Gadong, Melaka. - foto oleh AMRAN MULUP/ KOSMO!

MELAKA – Projek ‘Melon To Million’ menjadi perintis untuk mengubah nasib bekas penagih dadah yang sudah pulih di negeri ini.

Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) Alor Gajah, Zaidi Omar berkata, program latihan khas pertama yang dikendalikan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Pulau Gadong di sini bertujuan memulihkan sumber ekonomi golongan berkenaan.

Menurutnya, seramai 33 bekas penagih yang menjalani pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun menyertai program selama 75 hari anjuran KMK Agro Global, kerajaan negeri dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Stigma masyarakat masih menganggap bekas penagih dadah yang sudah pulih tidak mampu membanting tulang empat kerat menceburi bidang penanaman adalah tanggapan yang salah.

“Program ini adalah peluang kedua kita berikan kepada bekas penagih dadah untuk mereka mencari rezeki dan membina hidup baharu, setelah mereka sukar mencari pekerjaan,” katanya ketika ditemui pada Program Latihan Khas ‘Melon To Million’ di TKPM, Pulau Gadong di sini, hari ini.

Zaidi berkata, kesemua peserta diberikan elaun bernilai RM500 sebulan dan mendapat tunjuk ajar oleh pengusaha rock melon berjaya.

Menurutnya, ia mendapat sambutan menggalakkan daripada bekas penagih dadah kerana mereka susah mendapat pekerjaan disebabkan stigma masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI