fbpx

Lelaki diserang sawan maut tersembam dalam bilik air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

TUMPAT – Seorang lelaki maut selepas dipercayai mengalami sawan sebelum tersembam ke dalam tong berisi air di dalam bilik air di rumahnya di Wakaf Bharu di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima laporan mengenai seorang lelaki berusia 34 tahun dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah rumah kira-kira pukul 4.01 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa mengalami sawan sebelum kepalanya tersembam ke dalam tong berisi air.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tumpat di sini untuk proses bedah siasat.

“Hasil laporan bedah siasat, punca kematian lelaki itu disebabkan oleh lemas. Siasatan lanjut masih lagi diteruskan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohd. Khairi memberitahu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI