fbpx

KOM bakal ikat empat ketua jurulatih asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGARAH Teknikal Kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard mengesahkan seramai empat ketua jurulatih asing bersama mereka tahun depan.

KUALA LUMPUR – Bagi menghadapi Sukan SEA Thailand tahun depan, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dilihat memperkemaskan barisan kejurulatihan apabila bakal ‘mengikat’ empat ketua jurulatih antarabangsa serta turut diperkuatkan lagi beberapa jurulatih tempatan.

Pengarah Teknikal Kejurulatihan KOM, Robert Ballard mengesahkan perkara tersebut dan pengumuman rasmi siapa yang bakal mengetuai ketua jurulatih acara trek dan padang akan diumumkan dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

Tegas Ballard, seramai 22 jurulatih termasuk empat ketua jurulatih baharu itu akan bersama KOM untuk membentuk skuad pada tahap terbaik yang mampu menggegar peringkat antarabangsa satu hari nanti.

“Kami merancang untuk membawa masuk empat ketua jurulatih bagi mengendalikan acara lontar, lompat, lari, dan Strength and Conditioning. Kami benar-benar memerlukan jurulatih tersebut. 

“Kami juga akan mengembangkan program pendidikan dan pembangunan jurulatih kami untuk membantu jurulatih Malaysia mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi. Ini bukan hanya tentang Sukan SEA atau membangunkan satu atau dua atlet, ia adalah tentang menghasilkan sekumpulan atlet Olimpik, untuk bertanding di peringkat antarabangsa

“Ia adalah satu cabaran besar, tetapi sangat bagus untuk menaikkan semangat kerana kami berusaha untuk maju ke hadapan,” katanya selepas ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa kerja (JKK) di MSN, Bukit Jalil hari ini.

Ketika ditanya mengenai kontrak jurulatih pecut negara, Mohd. Poad Md. Kassim, Ballard mengesahkan bahawa kontrak Poad tidak disambung dan mereka akan meneruskan kerjasama bersama Mohd. Nizam Yusof dan Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah.

“Kami akan membawa masuk ketua jurulatih baharu dan ini bermakna khidmat jurulatih Poad bersama KOM atau MSN berakhir pada 31 Oktober. Bagi saya, apabila jurulatih baru mengambil alih, ia membawa tenaga baru.

“Kita perlu menerima perkara positif dan terus maju. Saya mahu melihat atlet kita lebih maju dan bersaing sebagai kuasa di Asia dan seterusnya. Tidak cukup dengan hanya kekal di tempat kita sekarang. Kita perlu melihat pelaburan ini sebagai langkah penting untuk masa depan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI