fbpx

Karnival 3 Dekad IWK, tingkat kesedaran masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah mengadakan Karnival 3 Dekad IWK Memelihara Kesejahteraan Rakyat bersama penduduk Mukim
Karangan, Kulim, Kedah bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengosongan tangki septik.

IWK dalam satu kenyataan berkata, program tersebut adalah antara aktiviti kesedaran yang dibuat bagi memberi penjelasan yang lebih teliti mengenai Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Perkhidmatan Nyahenap Cemar) 2021.

Di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, semua pemilik, pengurusan atau penghuni premis yang mempunyai tangki septik perlu menjalankan nyahenap cemar secara berjadual.

Ketua Jabatan Perniagaan Nyahenap Cemar IWK Pauzi Mohamed berkata, melalui program kesedaran Ops Sedut, IWK dapat mendekati masyarakat setempat dan menyampaikan maklumat mengenai kepentingan pengosongan tangki septik.

“Sempena 30 tahun penubuhan IWK, kami terus komited dalam memastikan kelestarian alam sekitar terpelihara demi kesejahteraan rakyat. Bagi premis yang mengunakan sistem pembetungan tangki septik individu, pengguna hendaklah faham yang tangki ini berfungsi sebagai tangki yang menerima air sisa kumbahan dan mempunyai kapasiti rawatan yang terhad.

“Sekiranya tidak dikosongkan, ia boleh menyebabkan air sisa kumbahan tidak dirawat dan seterusnya mengalir ke sungai atau perairan sehingga boleh mencemarkan sumber air negara. Sisa kumbahan hendaklah dilupuskan dengan cara yang selamat bagi mengelakkan berlakunya penyebaran penyakit bawaan air,” katanya.

Dalam program tersebut, kira-kira 500 penduduk daripada sepuluh kampung di mukim berkenaan telah hadir dalam menyaksikan demo pengosongan tangki septik serta cucian lestari yang dijalankan IWK.

Tambah Pauzi, di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, semua pemilik, pengurusan atau penghuni premis yang mempunyai tangki septik perlu menjalankan nyahenap cemar secara berjadual.

Katanaya, kegagalan mematuhi peraturan ini merupakan satu kesalahan di bawah subseksyen 65(3) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM50, 000.

“Di Malaysia, terdapat kira-kira 1.35 juta pengguna tangki septik yang mana ianya perlu dikosongkan secara berkala iaiti sekurang-kurangnya sekali dalam dua tahun.

“Adalah diharapkan program libat urus bersama komuniti dapat meningkatkan lagi kesedaran kepada semua pemilik tangki septik untuk menjalankan tanggungjawab mengosongkan tangki demi alam sekitar,” tambah Pauzi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI