fbpx

Hutang along RM1,500, lelaki dikurung empat bulan di Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azirul Syafiq Sazali (tiga kanan) bersama Bryan (tengah) selepas berjaya diselamatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang di sini, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

SEPANG – Gara-gara berhutang sebanyak RM1,500 daripada ejen pinjaman yang tidak berlesen, seorang lelaki terpaksa menanggung azab apabila dikurung di Kemboja selama lebih empat bulan.

Mangsa dipaksa menghubungi keluarganya di Ipoh, Perak untuk membayar wang tebusan sebanyak RM40,000 sekiranya mahu dibebaskan.

Mangsa yang dikenali sebagai Bryan, 21, berkata, dia yang meminjam RM1,500 daripada along gagal melunaskan hutang berkenaan dan ditawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan di Kemboja untuk membayar balik pinjaman.

“Tetapi sebaik tiba di negara itu, saya dibawa sekumpulan samseng ke Sihanoukville dan dikurung dalam sebuah hotel mewah yang dimiliki oleh penjenayah tersebut.

“Telefon bimbit dan pasport saya dirampas, tetapi mujur saya ada bawa komputer riba kecil dan diarahkan sindiket untuk beritahu keluarga supaya kena bayar tebusan,” katanya.

Terdahulu, dia disambut Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang diketuai Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, koordinator MHO, Azirul Syafiq Sazali memaklumkan, pihaknya berjaya menjejaki lokasi Bryan melalui kaedah pesanan lama secara dalam talian iaitu Messenger. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI