fbpx

Hujan lebat hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak pagi ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia, amaran cuaca tersebut melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

“Di Kedah, ribut petir dijangka melanda kawasan Langkawi. Manakala di Pulau Pinang, cuaca buruk ini dijangka turut menjejaskan seluruh negeri,” katanya.

Perak pula dijangka menerima hujan lebat di beberapa daerah seperti Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk, dan Hilir Perak.

Bagi Selangor, kawasan yang terlibat termasuk Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, dan Sepang.

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya juga tidak terkecuali daripada cuaca buruk ini.

“Di Negeri Sembilan, Port Dickson dijangka mengalami ribut petir dan angin kencang. Manakala di negeri Johor, kawasan yang dijangka terkesan adalah Tangkak, Muar, dan Batu Pahat,” jelasnya.

Keadaan yang sama turut berlaku di Sarawak, ribut petir dijangka melanda kawasan Sibu (Kanowit) serta Kapit (Song dan Kapit).

Penduduk di kawasan yang terlibat dinasihati agar berwaspada terhadap kemungkinan banjir kilat dan pokok tumbang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI