fbpx

Hujan lebat berterusan di Kuala Lumpur, Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung shingga pukul 1 tengah hari ini.

Dalam kenyataan terkini, MetMalaysia memaklumkan di Kedah, kawasan yang dijangka terkesan adalah Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang cuaca buruk tertumpu di Seberang Perai Selatan,” katanya.

Perak dijangka menerima hujan lebat dan ribut petir di beberapa daerah,melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, serta Muallim.

Di Selangor pula, kawasan yang terlibat meliputi Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, dan Petaling.

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diramal mengalami hujan berterusan sejak pagi tadi.

Justeru, penduduk di kawasan rendah dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan banjir kilat dan risiko pokok tumbang.

Pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya be dan berwaspada dengan mengelakkan daripada melalui kawasan yang berisiko tinggi berlaku banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI