fbpx

Fazura kekal penjaga Fatima, Fattah dapat hak lawatan, bermalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHKAMAH hari ini memutuskan Fazura kekal sebagai penjaga tetap Fatima, manakala Fattah memperoleh hak lawatan tiga kali seminggu dan bermalam dua kali sebulan pada hari Jumaat hingga Ahad. FOTO HELMI ANUAR

SHAH ALAM – Tuntutan hadanah bekas pasangan popular, Fattah Amin dan Nur Fazura hari ini selesai apabila hak penjagaan anak mereka, Fatima Aisya diserahkan kepada Fazura manakala Fattah mempunyai hak lawatan tiga kali seminggu dan bermalam dua kali sebulan.

Fattah dan Fazura hadir di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi merekodkan persetujuan hak penjagaan anak perempuan yang baru berusia empat tahun itu.

Menurut peguam yang mewakili Fattah iaitu Zulkifli Yong Azmi, persetujuan mengenai hak penjagaan anak telah pun dilakukan sewaktu proses perceraian awal Oktober lalu.

“Hak penjagaan dan lawatan telah pun dipersetujui sebelum ini dan telah direkodkan sebagai perintah mahkamah. Hak penjagaan Fatima diberikan kepada Nur Fazura selaku ibu, manakala Fattah mempunyai hak lawatan tiga kali seminggu dan hak bermalam bersama Fatima dua kali sebulan setiap hari Jumaat hingga Ahad,” katanya.

Tambah Zulkifli lagi, sekiranya terdapat pelanggaran dalam perjanjian hadanah tersebut mereka berhak mulakan prosiding penghinaan mahkamah.

Sementara itu Fazura ketika ditemui selepas selesai urusan mahkamah berkata dia bersyukur segalanya telah selesai.

“Alhamdulillah. Saya tak ada apa-apa yang mahu diulas,” jawabnya ringkas.

Percubaan Kosmo! Online mendapatkan respons Fattah pula tidak berjaya apabila enggan ditemubual dengan alasan perlu bergegas kerana ada urusan lain.

Terdahulu Fattah Amin atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, sah bercerai talak satu dengan Nur Fazura Sharifuddin, 41, pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Syariah Petaling Subang Bestari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI