fbpx

Dicekup cubaan kedua bawa syabu ke Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein (tengah) menunjukkan bungkusan berisi syabu yang disembunyikan dalam bagasi suspek. FOTO: SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM – Tertarik dengan upah sehingga RM5,000 membuatkan seorang pembantu restoran gelap mata apabila menyeludup dadah dari Semenanjung ke Sabah.

Bagaimanapun, cubaan kali kedua suspek lelaki berusia 23 tahun menyeludup syabu seberat 8 kilogram (kg) bernilai RM257,300 gagal apabila dia ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi 7 November lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati sindiket mengupah dua suspek termasuk pembantu restoran tersebut dengan memberikan tiket penerbangan dua hala dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.

Katanya, mereka datang dua hari sebelum kejadian dan menginap di sebuah hotel di Putrajaya.

“Ada orang (sindiket) hantar dadah kepada mereka sebelum suspek tersebut pulang ke Sabah.

“Apabila pembantu restoran itu daftar masuk bagasi, kita dapat kesan ada dadah dalam begnya dan menahan suspek itu,” katanya pada sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Beliau memberitahu, seorang lagi rakan suspek telah terlepas daftar masuk bagaimanapun berjaya ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) susulan laporan maklumat diberikan Polis Selangor kepada Polis Sabah.

Tambahnya, penangkapan rakan suspek juga membawa kepada rampasan syabu seberat 23,500.

“Ini kali kedua bagi kedua-dua suspek tersebut melakukannya dengan sebelum ini pada September lalu. Kesemua dadah tersebut adalah untuk pasaran di sekitar Sabah,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Hussein menjelaskan, semakan terhadap suspek yang ditangkap Polis Selangor mendapati berstatus bujang dan mempunyai rekod enam lampau berkaitan dadah.

“Suspek juga yang positif amphetamine dan methamphetamine direman tujuh hari. Kes disiasat mengikut Sekyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI