fbpx

Dewan Rakyat: Tiada kaedah sempurna untuk penyasaran subsidi bahan api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – “Memang tidak ada satu kaedah yang sempurna”. Itu respon Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api termasuk RON95.

Beliau berkata, mana-mana kaedah akan melibatkan sedikit risiko dari segi masalah operasi, penipuan dan kos tetapi kerajaan meletakkan keutamaan mengawal harga barang dan mengekang inflasi mengatasi segala-galanya.

“Atas pertimbangan itu, walaupun sedia maklum bahawa pelaksanaan melalui kaedah harga berperingkat ini ada risiko pelaksanaan di stesen minyak, ini adalah sesuatu yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

“Berbanding contohnya, kalau dilaksanakan dan menyebabkan inflasi naik mendadak untuk membaiki itu dan menurunkan harga barang sebenarnya lebih susah dan itu akan membebankan rakyat di masa akan datang,” katanya ketika di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai mekanisme penggunaan kad pengenalan yang terdedah kepada masalah kerosakan cip
kad pengenalan, capai internet perlahan luar bandar, penipuan kelayakan, tambahan kos sistem pengesahan dan melambatkan proses pembelian minyak.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, meskipun rata-rata ekonomi menyatakan bahawa bayaran tunai adalah lebih baik kerana tidak melibatkan operasi di stesen minyak namun kerajaan melihat risiko kenaikan harga barang.

“Kita sedia maklum, apabila naik sahaja harga minyak, ia akan menyebabkan kenaikan inflasi walaupun tidak terkesan kepada peniaga tertentu, itu akan jadi alasan.

“Jadi, keutamaan kerajaan ialah mengawal inflasi berbanding dengan kaedah-kaedah lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI