fbpx

‘Cahaya hantu’ masih misteri selepas 6 dekad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
'LAMPU hantu' muncul di sebuah jamnatan Sungai Econlockhatchee, Florida. - Foto Universiti Tengah Florida

WASHINGTON –  Satu fenomena ganjil fan menyeramkan dinamakan  ‘cahaya hantu’  di negeri Florida masih belum terungkai sejak enam dekad lalu, lapor akhbar New York Post semalam.

Ahli sejarah tempatan, Jason Byrne berkata, cahaya terang  itu dilihat  di Jalan Snow Hill menghubungkan Chuluota ke Geneva, Florida sejak tahun 1960-an lagi.

Cahaya  berwarna biru itu  muncul terutamanya pada musim sejuk dan sekitar waktu tengah malam. 

Ia  menghampiri sebuah jambatan dari arah selatan di atas Sungai Econlockhatchee. 

Cahaya  itu seolah-olah menggambarkan pergerakan sebuah kereta semakin dekat, demikian menurut catatan blog ditulis oleh ahli sejarah itu.

“Dari kejauhan, ia seperti cahaya lampu kereta. Namun, apabila menghampirinya, beberapa saksi berkata, cahaya itu sangat  terang seperti lampu kereta api barang dan tidak pernah terpisah menjadi dua.

“Anda memandu ke sana,  tunggu sehingga waktu tengah malam dan cari lampu lagenda ini,” kata Byrne kepada saluran berita News 6. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI