fbpx

Bintang seksi cuba sembunyikan identiti bapa ikonik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHRUTI Haasan pernah berbohong tentang identiti ibu bapanya kerana tidak mahu dibayangi populariti sesiapa.

MENJADI anak selebriti sememangnya memberi kelebihan, namun buat Shruti Haasan yang juga puteri kepada aktor senior Kamal Haasan, dia lebih selesa berdikari.

Sebelum tampil dalam filem pertama berjudul Luck pada 2009, Shruti dalam satu wawancara mengakui terlebih dahulu menyertai beberapa siri uji bakat.

Sepanjang mencuba nasib Shruti mengakui tidak pernah memperkenalkan diri sebagai anak kepada legenda perfileman Kollywood dan

Bollywood itu. Dia bahkan selalu menyamar dengan mendakwa bapanya adalah doktor gigi bernama Dr. Ramachandran, manakala dirinya pula diperkenalkan sebagai Pooja.

Biarpun berbangga dengan kejayaan bapanya, anak sulung daripada dua bersaudara itu mahu mendapat watak atas bakat sendiri, bukan sebab pengaruh ayahnya.

Kini Shruti, 38, berjaya membina nama sendiri malah menerima pelbagai anugerah termasuk trofi Filmfare selain pernah berada dalam senarai Selebriti Berpengaruh Forbes India tahun 2015 dan 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI